Kerajaan negeri bersetuju bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan sekuriti bekalan makanan negara. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, susulan itu Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri dan daerah diwujudkan bagi menjalinkan sinergi dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.